Kepakaran kewangan yang tiada tandingannya ... Dana Al-Istithmar AIA dibentuk, diawasi dan diuruskan oleh sekumpulan pengurus dana yang profesional di Malaysia. Kumpulan ini menguruskan aset AIA dan mereka mempunyai rekod pencapian prestasi kewangan yang cemerlang. Mereka juga akan dibantu dan dinasihat oleh sekumpulan pakar dari American International Group (AIG) dan Kumpulan syarikat AIA. Kumpulan pakar ini menguruskan aset pelaburan bernilai lebih US$99 billion di seluruh dunia. 'AAA' lambang kekukuhan kewangan ... rangkaian kepakaran kewangan antarabangsa ini memberikan kekukuhan yang tiada tandingannya kepada AIA. Kekukuhan yang menyebabkan AIA dianugerahi penarafan Tiga A, yakni penilaian kekukuhan kewangan yang paling tinggi dari Standard & Poor's - agensi penilaian kredit yang unggul di dunia. Laporan prestasi terkini tentang dana anda ... anda boleh mengikuti prestasi dana anda dengan memeriksa harga unit yang disiarkan setiap hari dalam surat khabar utama. Ingin tahu lebih lanjut? Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi ejen AIA anda hari ini. Untuk Perhatian - Prestasi pelaburan Dana Pelaburan AIA ini tidak dijamin.
- Anda boleh menukar pelaburan anda antara Dana-Dana Pelaburan AIA pada bila-bila masa. Satu penukaran percuma diberikan setiap tahun. Sebarang penukaran berikutnya akan dikenakan yuran sebanyak RM25 bagi setiap penukaran. Kini, terdapat 3 dana lain, iaitu Dana Terurus AIA, Dana Ekuiti AIA dan Dana Pendapatan Tetap AIA.
- Anda boleh membuat pengeluaran wang pada bila-bila masa, tertakluk kepada jumlah minimum yang ditetapkan dan baki minimum dalam Akaun anda.
| * | Dana ini boleh didapati sama ada melalui pelan ExcelTrust atau ExcelLink kami. Kedua-dua pelan ini merupakan pelan insurans hayat biasa yang tidak berdasarkan konsep insurans takaful. Untuk maklumat lanjut sila rujuk brosur yang berkaitan | |